MAHKAMAH
PERANTARAAN
BIDANGKUASA
Bidang kuasa Mahkamah Perantaraan umumnya sama dengan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes kes yang
mana jika yang dituduh didapati bersalah ia boleh dihukum mati. Mahkamah
ini juga tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukuman penjara lebih daripada
20 tahun.
Mahkamah ini mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kes-kes sivil jika
jumlah yang dituntut atau nilai harga berkenaan yang dipertikaikan itu
tidak melebihi B$100,000.00.
Kes jenayah yang biasanya didengar oleh Mahkamah Perantaraan adalah
seperti berikut:-
(i) Pecah Amanah oleh kakitangan awam/pengurus bank.
(ii) Pecah Rumah.
(iii) Merompak.
(iv) Merogol.
(v) Mengakibatkan luka parah.
(vi) Merugikan dengan mengakibatkan kebakaran.
(iv) Memiliki dengan maksud perdagangan secara haram dadah terkawal.
Hakim-Hakim Mahkamah Perantaraan:
Awang Hairolarni bin Haji Abdul Majid
Dayang Lim Siew Yen (Acting)

