MAHKAMAH MAJISTRET
BIDANGKUASA
(1) Mahkamah Tinggi, Mahkamah Perantaraan dan Mahkamah Majistret,
ketiga-tiganya mengendalikan/ membicarakan kes jenayah dan sivil.
Sebahagian besar kes-kes tersebut dibicarakan oleh Mahkamah-Mahkamah
Majsitret dan kes-kes yang lainnya yang di luar had bidang kuasa mereka
adalah didengar oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Perantaraan.
Mahkamah-Mahkamah Majistret ada terdapat di Bandar Seri Begawan, Kuala
Belait, Tutong dan Temburong
(2) Akta Mahkamah Rendah (Penggal 6) yang berkuatkuasa pada 1 Januari,
1983 telah menjadikan Mahkamah-Mahkamah Majistret sebagai
Mahkamah-Mahkamah Rendah di Negara Brunei Darussalam untuk menggantikan
Mahkamah-Mahkamah Majistret Kelas I, II dan III yang dulunya ditubuhkan
oleh Undang-Undang Mahkamah (Courts Enactment) pada tahun 1952.
(3) (a) Mahkamah Majistret mempunyai bidang kuasa yang diberikan kepadanya
oleh Akta Mahkamah Rendah dan Undang-Undang peraturan Jenayah (Criminal
Procedure Code) (Penggal 7) dan apa-apa jua undang-undang bertulis yang
lain untuk menjalan- kan bidang kuasa jenayah.
(b) Kes-kes Jenayah yang dibicarakan oleh Mahkamah Majistret ialah seperti
berikut:-
(i) Curi
(ii) Pecah amanah
(iii) Menipu
(iv) Menerima barang curi
(v) Merosakkan harta benda
(vi) Menceroboh
(vii) Mengancam
(viii) Mencederakan
(ix) Memiliki dan memakan dadah terkawal
(x) Kes-kes rasuah
(xi) Kes-kes Imigresen
(xii) Kes-kes Kastam
(xiii) Kes-kes Bandaran
(xiv) Kes-kes dibawah akta lalulintas Jalan Raya
(xv) Kes-kes Perikanan
(xvi) Kes-kes Perhutanan
(c) Menurut Undang-Undang Peraturan Jenayah, (Penggal 7) Mahkamah
Majistret mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman penjara bagi tempoh
tidak melebihi 7 tahun atau denda $10,000.00. Ketua Hakim Negara dengan
pemberitahuan dalam Warta Kerajaan boleh memberikan kepada mana-mana
Majistret bidang kuasa khas.
KetuaHakim Negara telahpun memberikan bidang kuasa khas tersebut kepada
Ketua Majistret, Majistret Kanan dan Majistret.
Walaubagaimanapun, kuasa untuk mengenakan hukuman ini adalah tertakluk
kepada sebarang peruntukan mana-mana undang-undang yang bertulis yang
memberikan bidang kuasa khas kepada Mahkamah Majistret. Sebagai misalan,
Akta Pencegahan Rasuah dan Akta Penyalahgunaan Dadah telah memberikan
bidang kuasa khas kepada Mahkamah Majistret untuk mengenakan hukuman
penjara dan denda yang lebih tinggi daripada apa yang diperuntukkan oleh
Undang-Undang Peraturan Jenayah.
(4) Mahkamah Majistret juga mempunyai bidang kuasa sivil iaitu berkuasa
membicarakan kes sivil jika jumlah wang yang dituntut atau nilai harga
perkara berkenaan yang dipertikaikan itu tidak melebihi B$30,000.00.
Sebagaimana yang dibolehkan oleh Akta Mahkamah Rendah, Ketua Hakim Negara
dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan
dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menambah had ini iaitu
bagi Majistret tidak melebihi B$30,000.00 dan Majistret Kanan/Pendaftar
Kanan Mahkamah Besar/Ketua Majistret/Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah
Besar/Ketua Pendaftar Mahkamah Besar tidak melebihi B$50,000.00.
Ketua Majistret :
Dk Hajah Rostaina binti Pengiran Haji Duraman
Majistret Kanan:
Awang Hj Abdullah Soefri bin POK Saiful Mulok Dato Seri Paduka Hj Abidin
Awang Mohammad Faisal bin Pehin Datu Juragan Laila Diraja Dato Seri Paduka
Hj. Kefli
Majistret-Majistret:
Dayangku Masni bte Pg Hj Bahar
Dayang Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd. Hussin
Harnita Zelda Skinner
Pendaftar Kanan Mahkamah Rendah:
Hj. Badaruddin bin Haji Abdul Karim
Pendaftar Mahkamah Rendah:
Dayang Maimun binti Haji Tajaah
Dayang Hajah Fauzihana binti Haji Mohamad
Timbalan Pendaftar Mahkamah
Rendah:
Dayang Noorhayati binti Haji Ismail
Awang Soffriana bin Haji Masri
